Petisyen | Mahkamah Pilihan Raya tetapkan 12 Februari 2023

2023-01-30 0

Mahkamah Pilihan Raya menetapkan 12 Februari depan untuk keputusan bantahan awal petisyen pilihan raya bagi membatalkan kemenangan Ahli Parlimen Marang, Tan Sri Abdul Hadi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, Datuk Hassan Abdul Ghani yang bersidang sebagai Hakim Pilihan Raya menetapkan tarikh berkenaan selepas mendengar hujahan daripada Datuk Mohd Hafarizam Harun yang mewakili Jasmira Othman dan Datuk Seri Takiyuddin Hassan yang mewakili Abdul Hadi.